buletin TERKINI!!!

ASSALAMUALIKUM......
kepada semua pelajar politeknik SEBERANG PERAI yang mempunyai bakat terpendam dalam bidang NASYID
ADA BERITA BAIK UNTUK KORANG SEMUA 
DIMANA 
 KUMPULAN NASYID
 politeknik seberang PRAI
sedang mencari PELAPIS 
kumpulan soutul shakirin 
kepada sesiap yang berminat untuk MENYERTAI 
sila hubungi pengerusi kumpulan nasyid  soutul shakirin
iaitu abang 

 shuhaid : 014-5191267 


Kita Saudara

Artist: Saujana
Song Category: Nasyid
Kerjasama Bergandingan Tangan
Tiap Masa Setiap Ketika
Lerai Dendam Hilanglah Sengketa
Agar Hidup Aman Bahagia

Handai Taulan Jangan Kita Lupa
Susah Senang Rentasi Bersama
Balas Segala Jasa Mereka
Untuk Ayah Bonda Tercinta

Sebangsa Bawah Satu Dunia
Serumpun Citra Hidup Kita
Biar Berbeza Asal Kita
Ukhuwah Harus Kita Bina
Walau Usia Jadi Ukuran
Moga Dirahmat Selamanya

Aur Dan Tebing Hidupnya Sehati Sejiwa
Putusnya Air Jika Air Tidak Mengalir
Itulah Hakikatnya Kita
Yang Hidup Saling Memerlukan
Yang Susah Sama Dihulurkan
Sama-Sama Disyukuri Hidayahnya...............
jangan lepaskan PELUANG INI!!!!

PERLAWANAN PERSAHABATAN DIKIR BARAT PSP - SRI KENCANA & PSZMA

Perlawanan persahabatan Dikir Barat 2011, diantara Politeknik Seberang Perai (PSP) dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSZMA), bertempat di kafeteria Politeknik Seberang Perai telah  berlansung dengan  meriahnya baru-baru ini. Malam itu seolah-olah medan untuk pelajar-pelajar menunjukkan bakat dan kehebatan pasukan dikir barat  masing-masing.

Pada malam itu ketibaan pasukan dikir barat PSZMA telah disambut dengan meriahnya oleh pelajar-pelajar PSP yang kebanyakkannya terdiri dari pelajar kamsis psp serta Kumpulan Dikir Barat Sri Kencana. Melangkah ke kafeteria yang biasanya menjadi tempat menikmati hidangan bagi pelajar psp telah menjadi tempat acara tersebut dilangsungkan..Tepat pukul 9.00 malam lagu-lagu dikir barat berkumandang dengan dialek pantai timur yang  telah mendapat sambutan hangat dari penonton yang hadir. Kawasan kafetaria hampir memenuhi ruang oleh penonton yang menyaksikan persembahan Dikir Barat antara PSP dengan PSZMA sehingga ada daripada penonton yang hadir terpaksa berdiri sehingga habis persembahan.

Kumpulan Dikir Barat Sri Kencana ini diselia dan dilatih oleh Penyelaras pasukan iaitu En Kairul Thaleh dan Pn Salina iaitu pensyarah dari Politeknik Seberang Perai. Persembahan dimulakan oleh kumpulan PSMZA dengan persembahan kata kata aluan. Seterusnya diikuti dengan kumpulan Sri Kencana.Masing -masing mempersembahkan 3 buah lagu. Persembahan terakhir iaitu persembahan yang sangat istimewa di mana kedua-dua buah kumpulan bergabung mempersembahkan lagu  'Ewah Bulan'.

Perlawanan persahabatan Dikir Barat PSP (Sri Kencana)& PSZMA membuktikan kegigihan dan semangat kerjasama dalam memelihara seni dan warisan melayu yang tak lapok ditelah zaman.Sesungguhnya kemampuan seseorang mahasiswa yang Berjaya adalah bertunjangkan keupayaan dan aktiviti kehidupan mereka semasa berada di kampus.

Peg. Kebudayaan & Warisan
Unit Kebudayaan
Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan
Layari : http://sanggarmutiarakebudayaanpsp.blogspot.com

BULETIN TERKINI

 DIKIR BARAT FRIENDLY


JOM....Ramai-ramai kita turun ke kafeteria POLITEKNIK SEBERANG PERAI
untuk memberi SOKONGAN kepada pasukan DIKIR BARAT KITA iaitu
SRI KENCANA 
yang akan bertanding dengan DIKIR BARAT 
 POLITEKNIK SULTAN MIZAN,TERENGGANU.
JANGAN LUPA.!!!!
 malam esok....pukul 8.30 pm(11/03/2011)
bertempat di kafeteria politeknik seberang perai
disini ada berita bek.....
kepada sesiapa yang berminat  untuk menyertai
KELAB DIKIR BARAT PSP(SERI KENCANA)
Bolehla menghubungi pengerusi kelab ini iaitu
MOHD BUKHARI : 013-2042589

BULETIN TERKINI


BATTLE OF THE BAND EFEST "11



Berita baik punya...........kepada semua golongan-golongan pemuzik berkumpulan  Politeknik Seberang Perai yang mempunyai bakat terpendam...heehehehe...inilah masanya anda menyerlahkan kumpulan anda kepada orang ramai dimana akan berlangsungnya satu lagi 
BATTLE OF THE BAND EFEST"11 
anjuran 
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,PULAU PINANG




untuk mendapat maklumat lebih lanjut mengenai  
Battle Of The Band Efest"11
seperti  borang pendaftaran,tentative,poster,hadiah......
sila klik link ini..dan boleh call terus kat nombor telefon pada poster di atas,,,tq


APA TUNGGU LAGI...........INILA MASANYA
ANDA MERUBAH ANGGAN-ANGGAN MENJADI REALITI..!!!

BULETIN TERKINI

PERTANDINGAN BORIA PADA 26 MAC 2011.

Anda semua di jemput untuk menyertai pertandingan boria pada 26 Mac ini. Kami sedang mencari peserta untuk memasuki pertandingan. Semaikan diri kepada kesenian Melayu kita agar tidak lapuk dek zaman .


Mehh la pakat kita masuk pertandingan boria ini. 


Kepada yang berminat sila hubungi kami untuk maklumat lanjut :

Puan Fazilatul Haida : 013-4881641



AL-FATIHAH

Ucapan takziah kepada salah seorang peserta teater, iaitu


QAQA.

Bapanya meninggal dunia jam 11.04 p.m. malam semalam.
Sama-samalah kita mensedekahkan fatihah agar rohnya dicucuri rahmat..


AL-FATIHAH

BULETIN TERKINI !

 YOU THINK YOU CAN DANCE??  


Anda mempunyai bakat??

Jangan biarkan bakat anda pupus dimamah usia. Terbuka kepada semua pelajar POLITEKNIK SEBERANG PERAI untuk menyertai Kelab Tarian (kelab Tari Raden Emas). Kami sedang mencari mereka di luar untuk menyertai kelab tarian. Kepada mereka yang mempunyai bakat dan berminat dalam bidang seni tarian.

Mohlah kita serta kelab ini.

Jika anda berminat sila hubungi kami di talian berikut :

Aura : 017-4170567
Acip :013-4559258


ADAKAH ANDA YANG KAMI PILIH ?


FESTIVAL KESENIAN DAN INTEGRASI BUDAYA 2011

"WARISAN BUDAYA GAPURA 1 MALAYSIA"


"Festival Kesenian dan Integrasi Budaya Ibu Zain (FestKIB)" UKM 2011, dianjurkan oleh Bahagian Kebudayaan dan Warisan Bahagian Integrasi dan Perpaduan Kaum, Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH). Ia merupakan program mega kolej yang diwujudkan bertujuan memastikan elemen-elemen kebudayaan, khususnya di dalam bidang seni tari, seni teater dan seni suara terus dipertahankan di samping mendedahkan mahasiswa/i tentang pentingnya menjaga serta memahami budaya bangsa-bangsa lain, dalam menjamin perpaduan bangsa.


OBJEKTIF



- Mengeratkan jalinan perpaduan antara kaum dalam kalangan mahasiswa/i serta pelajar sekolah melalui pertandingan tarian yang berkonsepkan kepelbagaian budaya.
- Mencungkil bakat-bakat mahasiswa/i dan pelajar sekolah dalam bidang seni agar dapat dikembangkan di peringkat yang lebih tinggi.
- Memantapkan kumpulan-kumpulan tari amatur dalam kolej-kolej kediaman, IPTA/IPTS, pelajar-pelajar sekolah dan persatuan-persatuan dalam Malaysia.





                     PERTANDINGAN TARIAN



Melibatkan pelbagai jenis tarian asli, dan tarian kreatif. Pertandingan ini berbentuk inter-U serta melibatkan sekolah-sekolah di Malaysia.










PERTANDINGAN TEATER



Pertandingan ini berbentuk inter-U, melibatkan kolej-kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia , IPTA/IPTS serta sekolah-sekolah di Malaysia.





       
                  PERTANDINGAN "Voice of Unity"



Pertandingan ini melibatkan penyertaan dari setiap kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia, IPTA/IPTS serta sekolah-sekolah di Malaysia peserta akan menyanyikan lagu patriotik.