Perlawanan persahabatan Dikir Barat 2011, diantara Politeknik Seberang Perai (PSP) dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSZMA), bertempat di kafeteria Politeknik Seberang Perai telah berlansung dengan meriahnya baru-baru ini. Malam itu seolah-olah medan untuk pelajar-pelajar menunjukkan bakat dan kehebatan pasukan dikir barat masing-masing.
Pada malam itu ketibaan pasukan dikir barat PSZMA telah disambut dengan meriahnya oleh pelajar-pelajar PSP yang kebanyakkannya terdiri dari pelajar kamsis psp serta Kumpulan Dikir Barat Sri Kencana. Melangkah ke kafeteria yang biasanya menjadi tempat menikmati hidangan bagi pelajar psp telah menjadi tempat acara tersebut dilangsungkan..Tepat pukul 9.00 malam lagu-lagu dikir barat berkumandang dengan dialek pantai timur yang telah mendapat sambutan hangat dari penonton yang hadir. Kawasan kafetaria hampir memenuhi ruang oleh penonton yang menyaksikan persembahan Dikir Barat antara PSP dengan PSZMA sehingga ada daripada penonton yang hadir terpaksa berdiri sehingga habis persembahan.
Kumpulan Dikir Barat Sri Kencana ini diselia dan dilatih oleh Penyelaras pasukan iaitu En Kairul Thaleh dan Pn Salina iaitu pensyarah dari Politeknik Seberang Perai. Persembahan dimulakan oleh kumpulan PSMZA dengan persembahan kata kata aluan. Seterusnya diikuti dengan kumpulan Sri Kencana.Masing -masing mempersembahkan 3 buah lagu. Persembahan terakhir iaitu persembahan yang sangat istimewa di mana kedua-dua buah kumpulan bergabung mempersembahkan lagu 'Ewah Bulan'.
Perlawanan persahabatan Dikir Barat PSP (Sri Kencana)& PSZMA membuktikan kegigihan dan semangat kerjasama dalam memelihara seni dan warisan melayu yang tak lapok ditelah zaman.Sesungguhnya kemampuan seseorang mahasiswa yang Berjaya adalah bertunjangkan keupayaan dan aktiviti kehidupan mereka semasa berada di kampus.
Peg. Kebudayaan & Warisan
Unit Kebudayaan
Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan
Layari : http://sanggarmutiarakebudayaanpsp.blogspot.com
BULETIN TERKINI
DIKIR BARAT FRIENDLY
JOM....Ramai-ramai kita turun ke kafeteria POLITEKNIK SEBERANG PERAI
untuk memberi SOKONGAN kepada pasukan DIKIR BARAT KITA iaitu
SRI KENCANA
yang akan bertanding dengan DIKIR BARAT
POLITEKNIK SULTAN MIZAN,TERENGGANU.
JANGAN LUPA.!!!!
malam esok....pukul 8.30 pm(11/03/2011)
bertempat di kafeteria politeknik seberang perai
disini ada berita bek.....
kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai
KELAB DIKIR BARAT PSP(SERI KENCANA)
Bolehla menghubungi pengerusi kelab ini iaitu
MOHD BUKHARI : 013-2042589
BULETIN TERKINI
BATTLE OF THE BAND EFEST "11
Berita baik punya...........kepada semua golongan-golongan pemuzik berkumpulan Politeknik Seberang Perai yang mempunyai bakat terpendam...heehehehe...inilah masanya anda menyerlahkan kumpulan anda kepada orang ramai dimana akan berlangsungnya satu lagi
BATTLE OF THE BAND EFEST"11
anjuran
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,PULAU PINANG
untuk mendapat maklumat lebih lanjut mengenai
Battle Of The Band Efest"11
seperti borang pendaftaran,tentative,poster,hadiah......
sila klik link ini..dan boleh call terus kat nombor telefon pada poster di atas,,,tq
APA TUNGGU LAGI...........INILA MASANYA
ANDA MERUBAH ANGGAN-ANGGAN MENJADI REALITI..!!!
BULETIN TERKINI
PERTANDINGAN BORIA PADA 26 MAC 2011.
Anda semua di jemput untuk menyertai pertandingan boria pada 26 Mac ini. Kami sedang mencari peserta untuk memasuki pertandingan. Semaikan diri kepada kesenian Melayu kita agar tidak lapuk dek zaman .
Mehh la pakat kita masuk pertandingan boria ini.
Kepada yang berminat sila hubungi kami untuk maklumat lanjut :
AL-FATIHAH
Ucapan takziah kepada salah seorang peserta teater, iaitu
QAQA.
Bapanya meninggal dunia jam 11.04 p.m. malam semalam.
Sama-samalah kita mensedekahkan fatihah agar rohnya dicucuri rahmat..
QAQA.
Bapanya meninggal dunia jam 11.04 p.m. malam semalam.
Sama-samalah kita mensedekahkan fatihah agar rohnya dicucuri rahmat..
AL-FATIHAH
BULETIN TERKINI !
YOU THINK YOU CAN DANCE??
Anda mempunyai bakat??
Jangan biarkan bakat anda pupus dimamah usia. Terbuka kepada semua pelajar POLITEKNIK SEBERANG PERAI untuk menyertai Kelab Tarian (kelab Tari Raden Emas). Kami sedang mencari mereka di luar untuk menyertai kelab tarian. Kepada mereka yang mempunyai bakat dan berminat dalam bidang seni tarian.
Mohlah kita serta kelab ini.
Jika anda berminat sila hubungi kami di talian berikut :
Aura : 017-4170567
FESTIVAL KESENIAN DAN INTEGRASI BUDAYA 2011
"WARISAN BUDAYA GAPURA 1 MALAYSIA"
"Festival Kesenian dan Integrasi Budaya Ibu Zain (FestKIB)" UKM 2011, dianjurkan oleh Bahagian Kebudayaan dan Warisan Bahagian Integrasi dan Perpaduan Kaum, Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH). Ia merupakan program mega kolej yang diwujudkan bertujuan memastikan elemen-elemen kebudayaan, khususnya di dalam bidang seni tari, seni teater dan seni suara terus dipertahankan di samping mendedahkan mahasiswa/i tentang pentingnya menjaga serta memahami budaya bangsa-bangsa lain, dalam menjamin perpaduan bangsa.
OBJEKTIF
- Mengeratkan jalinan perpaduan antara kaum dalam kalangan mahasiswa/i serta pelajar sekolah melalui pertandingan tarian yang berkonsepkan kepelbagaian budaya.
- Mencungkil bakat-bakat mahasiswa/i dan pelajar sekolah dalam bidang seni agar dapat dikembangkan di peringkat yang lebih tinggi.
- Memantapkan kumpulan-kumpulan tari amatur dalam kolej-kolej kediaman, IPTA/IPTS, pelajar-pelajar sekolah dan persatuan-persatuan dalamMalaysia .
- Mencungkil bakat-bakat mahasiswa/i dan pelajar sekolah dalam bidang seni agar dapat dikembangkan di peringkat yang lebih tinggi.
- Memantapkan kumpulan-kumpulan tari amatur dalam kolej-kolej kediaman, IPTA/IPTS, pelajar-pelajar sekolah dan persatuan-persatuan dalam
PERTANDINGAN TARIAN
Melibatkan pelbagai jenis tarian asli, dan tarian kreatif. Pertandingan ini berbentuk inter-U serta melibatkan sekolah-sekolah di Malaysia.
PERTANDINGAN TEATER
Pertandingan ini berbentuk inter-U, melibatkan kolej-kolej kediaman di Universiti Kebangsaan
PERTANDINGAN "Voice of Unity"

Pertandingan ini melibatkan penyertaan dari setiap kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia, IPTA/IPTS serta sekolah-sekolah di Malaysia peserta akan menyanyikan lagu patriotik.
Subscribe to:
Posts (Atom)





