Sempena Festival Boria Satu Malaysia baru-baru ini, PSP telah menghantar penyertaan dalam kategori tertinggi iaitu kategori terbuka. Festival berlansung pada 29 April hingga 30 April 2011 bertempat di Kg. Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
11 kumpulan telah menyertai festival ini dan persaingan amat ketara boleh dilihat sewaktu festival berlansung, apatah lagi kebanyakan daripada kumpulan tersebut yang sememangnya adalah penggiat boria dan tergolong dalam kumpulan profesional.
Walaupun PSP baru pertama kali menghantar penyertaan dan baru serta masih di peringkat amatur, penyertaan PSP telah dipuji oleh ketua Juri kerana mampu memberi persaingan hebat kepada kumpulan profesional badan-badan penggiat boria yang lain serta IPTA yang lain khasnya UUM dan UNIMAP kerana persatuan boria dan IPTA ini telah bertahun-tahun menyertai pertandingan Boria. Beliau juga mencadangkan agar mewujudkan satu lagi kategori iaitu kategori IPTA.
Debaran yang kian memuncak bukan sahaja dirasai oleh PSP malah semua pasukan lain mahupun ia tergolong di dalam kumpulan profesional. Keputusan akhir yang diterima adalah seperti berikut :
- Tempat kelima terbaik - wang tunai RM1000.00, Trofi & sijil
- Anugerah Kostum terbaik – wang tunai RM500.00, Trofi & sijil.
Pujian yang sebenarnya harus diberikan kepada pelajar-pelajar yang mewakii PSP ke Festival Boria. Persembahan yang sangat kemas dan meriah telah diberikan oleh pelajar-pelajar kita. Jelas terpancar di riak wajah mereka bersungguh-sungguh untuk membawa kejayaan dan mengharumkan nama PSP ke mata dunia. Secara jujurnya, saya amat berbangga dan sangat bertuah kerana mempunyai pelajar yang sanggup bersama-sama berjuang membawa nama PSP.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pihak atasan, iaitu tuan Pengarah - En Ahmad Rani, Timbalan Pengarah Akademik - Ustaz Najib Yaacob, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik – En Kamaludin Daud, Ketua Jabatan HEP, En Fadli dan Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan iaitu Puan Kalsom Sailan.
Tidak lupa ucapan khas ditujukan kepada pegawai-pegawai pengiring iaitu En Hairulanuar Rosman, En Mohd Hafiz Abd Halim dan Cik Norhayati Abd Hamid. Terima kasih diucapkan tanpa kalian pincanglah saya keseorangan. Seterusnya limpahan terima kasih khas ditujukan kepada jurulatih tari Unit Kebudayaan, PSP iaitu En Zamry Saidin dan Pn Zura yang tidak putus-putus mengajar, membimbing dan mendidik anak-anak didik dan saya sendiri.
Mungkin di masa akan datang sekiranya masih lagi berpeluang menyertai Festival Boria ini, pasukan PSP bersedia memperbaiki kelemahan yang mungkin tidak diketahui dan didapati daripada pengalaman manis sewaktu pertandingan itu sendiri.
FAZILATUL HAIDA BT HIDZIR
Pegawai Kebudayaan & Warisan
Politeknik Seberang Perai