LAPORAN FESTIVAL KEBUDAYAAN DAN WARISAN POLITEKNIK MALAYSIA 2011

Pada 15-17 Julai 2011 baru-baru ini, telah berlansung dengan meriahnya satu Festival Kebudayaan dan Warisan Politeknik Malaysia 2011 di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak. Dua kategori telah dipertandingkan iaitu Pertandingan Lagu Rakyat dan Permainan Tradisional. Sebanyak 14 buah politeknik telah berentap di dalam festival tersebut.

Syukur kehadrat ilahi berkat komited daripada semua pihak terutamanya koreografer, make-up artis dan anak-anak kesayangan saya iaitu pasukan Tari Raden Mas serta pasukan ‘krew’ yang tidak berbelah bagi  berusaha dalam memastikan nama PSP supaya lebih bersinar. Semangat dan usaha yang berterusan ini telah membuahkan hasil di mana sekali lagi Pasukan Tari Raden Mas PSP diangkat menjadi Juara pertandingan Lagu Rakyat sekaligus menewaskan enam finalis yang lain. Kehadiran Ketua Pengarah sedikit sebanyak mencuit rasa hati saya untuk memaklumkan betapa bangganya PSP diangkat menjadi Juara. Atas kemenangan ini, Pasukan Tari Raden Mas PSP telah membawa pulang Piala Juara Lagu Rakyat dan wang tunai sebanyak RM800.00.

Memang tidak dinafikan banyak masalah dan dugaan sepanjang sesi latihan kami. Saya sendiri, selaku Pegawai Kebudayaan dan Warisan PSP juga tidak terlepas diuji dengan pelbagai masalah, sakit dan sebagainya. Walaubagaimanapun, mungkin hubungan kami di dalam pasukan Tari Raden Mas dan krew yang sangat rapat seperti keluarga sendiri banyak membantu kejayaan bagi Unit Kebudayaan dan Warisan. Pujian yang sebenarnya harus diberikan kepada anak-anak kesayangan saya mahupun penari dan ‘krew’. Sikap komited dan sabar mereka sebenarnya yang banyak mengajar saya erti tanggungjawab dalam melaksanakan tugas saya. Sekalung kasih juga kepada koreografer PSP En. Zamry Saidin dan Pn Siti Maizura iaitu make-up artis. Pengorbanan mereka sangat mengharukan saya. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pihak atasan, iaitu Tuan Pengarah - En Ahmad Rani, Timbalan Pengarah Akademik - Ustaz Najib Yaacob, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik – En Kamaludin Daud, Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan iaitu Puan Kalsom Sailan dan En Mohd Fadli Bin Abdul Hamid, iaitu ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Walaupun kemenangan demi kemenangan kami ungguli, saya sentiasa menyemaikan di hati anak-anak saya agar tidak riak dan takbur kerana masih lagi terdapat ruang-ruang penambahbaikan bagi memantapkan lagi pasukan Tari Raden Mas untuk penglibatan di mana-mana temasya kesenian. Sikap ini penting dalam mengekalkan kejuaraan di Festival Kebudayaan dan Warisan Politeknik Malaysia 2012 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin pada tahun hadapan. Segalanya itu mungkin tidak diketahui sekiranya pengalaman itu tidak dipetik sendiri oleh kita.


DISEDIAKAN OLEH :

FAZILATUL HAIDA BT HIDZIR
Pegawai Kebudayaan & Warisan
Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan
Politeknik Seberang Perai
                              



LAPORAN PASUKAN SORAK SEMPENA SIPMA 4
JURULATIH:
PUAN FAZILATUL HAIDA.PEG KEBUDAYAAN PSP



SIPMA 4 baru-baru ini yang berlansung dengan meriahnya di negeri bersejarah Melaka. Lebih-lebih lagi Jabatan Pengajian Politeknik telah dipilih sebagai tuan rumah untuk SIPMA kali ke empat ini. Temasya sukan ini berlansung dengan meriahnya dari 2 Jun hingga 12 Jun 2011.

Saya sendiri, Fazilatul Haida Bt Hidzir selaku Pegawai Kebudayaan dan Warisan telah dipilih oleh Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah untuk menjadi jurulatih bagi pasukan sorak mereka. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah dilantik oleh Sekretariat SIPMA 4 untuk menyediakan pasukan sorak bagi sukan SIPMA 4. Seramai lebih kurang 60 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar PTSB  yang sangat ‘sporting’ dan komited  telah menyertai pasukan sorak tersebut. Sepanjang sesi latihan walaupun sibuk dengan tugas-tugas hakiki di PSP tetapi saya amat puas melatih setiap gerak asas ‘aerobic’ dan ‘cheer leading’ untuk mereka. Pelan-pelan, saya cuba mengenali sikap mereka dengan lebih dekat bagi memudahkan serta melancarkan komunikasi di antara kami. Memang tidak disangkal lagi sikap ‘sporting‘ dan komited pelajar-pelajar PTSB telah membuat sesi latihan kami berjalan dengan lancar.

Walaupun baru pertama kali menghantar pasukan sorak untuk SIPMA 4 ini, , penyertaan dan gelagat pasukan sorak  telah menarik banyak lensa untuk dijadikan memori mereka . Mereka juga acapkali ditemuramah oleh media  di atas kehadiran mereka yang comel bersama pom-pom dan gendang untuk memeriahkan serta menggamatkan SIPMA 4. Sepanjang Temasya yang berlansung saya bersama penolong jurulatih dari PTSB menjaga dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak didik pasukan sorak ini agar sentiasa terpelihara kebajikan mereka. Walaupun sebenarnya terdapat masalah yang sukar diungkapkan, saya dan pasukan sorak masih mampu bertahan hingga ke akhir temasya sukan. Di samping itu juga pelbagai aktiviti ringan yang lain seperti bersiar-siar di kota Melaka dan melayari ‘river cruise’ di sungai Melaka membuatkan kami teruja sepanjang berada di Melaka. Pengalaman susah senang ini sebenarnya yang merapatkan lagi hubungan saya sebagai jurulatih bersama anak-anak pasukan saya ini dengan lebih mesra lagi.

Pujian yang sebenarnya harus diberikan kepada pelajar-pelajar yang mewakii PTSB  sebagai pasukan sorak ke SIPMA 4. Sikap komited dan sabar mereka sebenarnya yang banyak mengajar saya erti tanggungjawab dalam melaksanakan tugas saya. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pihak atasan, iaitu Tuan Pengarah - En Ahmad Rani, Timbalan Pengarah Akademik - Ustaz Najib Yaacob, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik – En Kamaludin Daud, dan Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan iaitu Puan Kalsom Sailan. Tidak lupa juga kepada pihak pengurusan PTSB yang telah memilih saya sebagai jurulatih untuk pasukan mereka.  

Semoga segala kelemahan yang dilihat dapat diatasi dan segala kekuatan dapat diperkukuhkan lagi di masa akan datang untuk memantapkan lagi pasukan sorak PTSB untuk penglibatan di mana-mana temasya sukan. Segalanya mungkin tidak diketahui sekiranya pengalaman itu tidak dipetik sendiri oleh kita.


DISEDIAKAN OLEH :

FAZILATUL HAIDA BT HIDZIR
Pegawai Kebudayaan & Warisan
Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan
Politeknik Seberang Perai








PERTANDINGAN LAGU RAKYAT POLITEKNIK MALAYSIA 2011
15-16 JULAI 2011
DI POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH, PERAK
ANJURAN : BAHAGIAN PEMBANGUNAN & KEBAJIKAN PELAJAR, JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK, KPT
KONSEP: PESTA PETANI

                                                     
AYAM DEN LAPEH

Luruihlah jalan Payakumbuah
Babelok jalan Kayu Jati
Dima hati indak kan rusuah
Ayam den lapeh, ohoi … ayam den lapeh
Mandaki jalan Pandaisikek
Manurun jalan ka Biaro
Di ma hati indak maupek
Awak takicuah, ohoi … ayam den lapeh
Reff:
Sikua capang sikua capeh
Saikua tabang sikua lapeh
Tabanglah juo nan karimbo
Ai lah malang juo
Pagaruyuang jo Batusangka
Tampek mandaki dek urang Baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takana juo
Den sangko lamang nasi tuai
Kironyo tatumpah kuah gulai
Awak ka pasa alah usai
Oi lah malang denai
O hoi … ayam den lapeh
O hoi … ayam den lapeh


(ini SALAH SATU lagu RAKYAT)

FESTIVAL BORIA 1MALAYSIA

     Sempena Festival Boria Satu Malaysia baru-baru ini, PSP telah menghantar penyertaan dalam kategori tertinggi iaitu kategori terbuka. Festival berlansung pada 29 April hingga 30 April 2011 bertempat di Kg. Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

        11 kumpulan telah menyertai festival ini dan persaingan amat ketara boleh dilihat sewaktu festival berlansung, apatah lagi kebanyakan daripada kumpulan tersebut  yang sememangnya adalah penggiat boria dan tergolong dalam kumpulan profesional.

          Walaupun PSP baru pertama kali menghantar penyertaan dan baru serta masih di peringkat amatur, penyertaan PSP telah dipuji oleh ketua Juri kerana mampu memberi persaingan hebat kepada kumpulan profesional badan-badan penggiat boria yang lain serta IPTA yang lain khasnya UUM dan UNIMAP kerana persatuan boria dan IPTA ini  telah bertahun-tahun menyertai pertandingan Boria. Beliau juga mencadangkan agar mewujudkan satu lagi kategori iaitu kategori IPTA.

       Debaran yang kian memuncak bukan sahaja dirasai oleh PSP malah semua pasukan lain mahupun ia tergolong di dalam kumpulan profesional. Keputusan akhir yang diterima adalah seperti berikut :


  •       Tempat kelima terbaik -  wang tunai RM1000.00, Trofi & sijil
  •                  Anugerah Kostum terbaik – wang tunai RM500.00, Trofi & sijil.

       Pujian yang sebenarnya harus diberikan kepada pelajar-pelajar yang mewakii PSP ke Festival Boria. Persembahan yang sangat kemas dan meriah telah diberikan oleh pelajar-pelajar kita. Jelas terpancar di riak wajah mereka bersungguh-sungguh untuk membawa kejayaan dan mengharumkan nama PSP ke mata dunia. Secara jujurnya, saya amat berbangga dan sangat bertuah kerana mempunyai pelajar yang sanggup bersama-sama berjuang membawa nama PSP.

        Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pihak atasan, iaitu tuan Pengarah - En Ahmad Rani, Timbalan Pengarah Akademik - Ustaz Najib Yaacob, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik – En Kamaludin Daud, Ketua Jabatan HEP, En Fadli dan Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan iaitu Puan Kalsom Sailan.

       Tidak lupa ucapan khas ditujukan kepada pegawai-pegawai pengiring iaitu En Hairulanuar Rosman, En Mohd Hafiz Abd Halim dan Cik Norhayati Abd Hamid. Terima kasih diucapkan tanpa kalian pincanglah saya keseorangan. Seterusnya limpahan terima kasih khas ditujukan kepada jurulatih tari Unit Kebudayaan, PSP iaitu En Zamry Saidin dan Pn Zura yang tidak putus-putus mengajar, membimbing dan mendidik anak-anak didik dan saya sendiri.

        Mungkin di masa akan datang sekiranya masih lagi berpeluang menyertai Festival Boria ini, pasukan PSP bersedia memperbaiki kelemahan yang mungkin tidak diketahui dan didapati daripada pengalaman manis sewaktu pertandingan itu sendiri.



FAZILATUL HAIDA BT HIDZIR
Pegawai Kebudayaan & Warisan
Politeknik Seberang Perai

BULETIN TERKINI

YEVAH!RANCAK!YARIBBAH!
JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA UNTUK MENYERTAI DAN MENGUNJUNGI
FESTIVAL BORIA  1 MALAYSIA
 20-30 APRIL 2011&1 MEI 2011
10 PAGI -11.OO MALAM 
KAMPUNG SERONOK
 BAYAN LEPAS,PULAU PINANG
Anjuran bersama :
KEMENTERIAN PENERANGAN,KOMUNIKASI& KEBUDAYAAN MALAYSIA
DAN KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA
  
Kelolaan:
JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA 
PULAU PINANG 
DAN 
PEJABAT KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA
NEGERI PULAU PINANG.





LATIHAN TARIAN(KELAB TARI RADEN EMAS)

HARI:SETIAP HARI RABU
MASA:8.30 MALAM
TEMPAT:DEWAN SERI MUTIARA PSP

INI ANTARA GAMBAR KETIKA SESI LATIHAN MEREKA




buletin TERKINI!!!

ASSALAMUALIKUM......
kepada semua pelajar politeknik SEBERANG PERAI yang mempunyai bakat terpendam dalam bidang NASYID
ADA BERITA BAIK UNTUK KORANG SEMUA 
DIMANA 
 KUMPULAN NASYID
 politeknik seberang PRAI
sedang mencari PELAPIS 
kumpulan soutul shakirin 
kepada sesiap yang berminat untuk MENYERTAI 
sila hubungi pengerusi kumpulan nasyid  soutul shakirin
iaitu abang 

 shuhaid : 014-5191267 


Kita Saudara

Artist: Saujana
Song Category: Nasyid
Kerjasama Bergandingan Tangan
Tiap Masa Setiap Ketika
Lerai Dendam Hilanglah Sengketa
Agar Hidup Aman Bahagia

Handai Taulan Jangan Kita Lupa
Susah Senang Rentasi Bersama
Balas Segala Jasa Mereka
Untuk Ayah Bonda Tercinta

Sebangsa Bawah Satu Dunia
Serumpun Citra Hidup Kita
Biar Berbeza Asal Kita
Ukhuwah Harus Kita Bina
Walau Usia Jadi Ukuran
Moga Dirahmat Selamanya

Aur Dan Tebing Hidupnya Sehati Sejiwa
Putusnya Air Jika Air Tidak Mengalir
Itulah Hakikatnya Kita
Yang Hidup Saling Memerlukan
Yang Susah Sama Dihulurkan
Sama-Sama Disyukuri Hidayahnya...............
jangan lepaskan PELUANG INI!!!!