LAPORAN PASUKAN SORAK SEMPENA SIPMA 4
JURULATIH:
PUAN FAZILATUL HAIDA.PEG KEBUDAYAAN PSP



SIPMA 4 baru-baru ini yang berlansung dengan meriahnya di negeri bersejarah Melaka. Lebih-lebih lagi Jabatan Pengajian Politeknik telah dipilih sebagai tuan rumah untuk SIPMA kali ke empat ini. Temasya sukan ini berlansung dengan meriahnya dari 2 Jun hingga 12 Jun 2011.

Saya sendiri, Fazilatul Haida Bt Hidzir selaku Pegawai Kebudayaan dan Warisan telah dipilih oleh Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah untuk menjadi jurulatih bagi pasukan sorak mereka. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah dilantik oleh Sekretariat SIPMA 4 untuk menyediakan pasukan sorak bagi sukan SIPMA 4. Seramai lebih kurang 60 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar PTSB  yang sangat ‘sporting’ dan komited  telah menyertai pasukan sorak tersebut. Sepanjang sesi latihan walaupun sibuk dengan tugas-tugas hakiki di PSP tetapi saya amat puas melatih setiap gerak asas ‘aerobic’ dan ‘cheer leading’ untuk mereka. Pelan-pelan, saya cuba mengenali sikap mereka dengan lebih dekat bagi memudahkan serta melancarkan komunikasi di antara kami. Memang tidak disangkal lagi sikap ‘sporting‘ dan komited pelajar-pelajar PTSB telah membuat sesi latihan kami berjalan dengan lancar.

Walaupun baru pertama kali menghantar pasukan sorak untuk SIPMA 4 ini, , penyertaan dan gelagat pasukan sorak  telah menarik banyak lensa untuk dijadikan memori mereka . Mereka juga acapkali ditemuramah oleh media  di atas kehadiran mereka yang comel bersama pom-pom dan gendang untuk memeriahkan serta menggamatkan SIPMA 4. Sepanjang Temasya yang berlansung saya bersama penolong jurulatih dari PTSB menjaga dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak didik pasukan sorak ini agar sentiasa terpelihara kebajikan mereka. Walaupun sebenarnya terdapat masalah yang sukar diungkapkan, saya dan pasukan sorak masih mampu bertahan hingga ke akhir temasya sukan. Di samping itu juga pelbagai aktiviti ringan yang lain seperti bersiar-siar di kota Melaka dan melayari ‘river cruise’ di sungai Melaka membuatkan kami teruja sepanjang berada di Melaka. Pengalaman susah senang ini sebenarnya yang merapatkan lagi hubungan saya sebagai jurulatih bersama anak-anak pasukan saya ini dengan lebih mesra lagi.

Pujian yang sebenarnya harus diberikan kepada pelajar-pelajar yang mewakii PTSB  sebagai pasukan sorak ke SIPMA 4. Sikap komited dan sabar mereka sebenarnya yang banyak mengajar saya erti tanggungjawab dalam melaksanakan tugas saya. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pihak atasan, iaitu Tuan Pengarah - En Ahmad Rani, Timbalan Pengarah Akademik - Ustaz Najib Yaacob, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik – En Kamaludin Daud, dan Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan iaitu Puan Kalsom Sailan. Tidak lupa juga kepada pihak pengurusan PTSB yang telah memilih saya sebagai jurulatih untuk pasukan mereka.  

Semoga segala kelemahan yang dilihat dapat diatasi dan segala kekuatan dapat diperkukuhkan lagi di masa akan datang untuk memantapkan lagi pasukan sorak PTSB untuk penglibatan di mana-mana temasya sukan. Segalanya mungkin tidak diketahui sekiranya pengalaman itu tidak dipetik sendiri oleh kita.


DISEDIAKAN OLEH :

FAZILATUL HAIDA BT HIDZIR
Pegawai Kebudayaan & Warisan
Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan
Politeknik Seberang Perai







No comments:

Post a Comment