FESTIVAL KESENIAN DAN INTEGRASI BUDAYA 2011

"WARISAN BUDAYA GAPURA 1 MALAYSIA"


"Festival Kesenian dan Integrasi Budaya Ibu Zain (FestKIB)" UKM 2011, dianjurkan oleh Bahagian Kebudayaan dan Warisan Bahagian Integrasi dan Perpaduan Kaum, Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH). Ia merupakan program mega kolej yang diwujudkan bertujuan memastikan elemen-elemen kebudayaan, khususnya di dalam bidang seni tari, seni teater dan seni suara terus dipertahankan di samping mendedahkan mahasiswa/i tentang pentingnya menjaga serta memahami budaya bangsa-bangsa lain, dalam menjamin perpaduan bangsa.


OBJEKTIF



- Mengeratkan jalinan perpaduan antara kaum dalam kalangan mahasiswa/i serta pelajar sekolah melalui pertandingan tarian yang berkonsepkan kepelbagaian budaya.
- Mencungkil bakat-bakat mahasiswa/i dan pelajar sekolah dalam bidang seni agar dapat dikembangkan di peringkat yang lebih tinggi.
- Memantapkan kumpulan-kumpulan tari amatur dalam kolej-kolej kediaman, IPTA/IPTS, pelajar-pelajar sekolah dan persatuan-persatuan dalam Malaysia.





                     PERTANDINGAN TARIAN



Melibatkan pelbagai jenis tarian asli, dan tarian kreatif. Pertandingan ini berbentuk inter-U serta melibatkan sekolah-sekolah di Malaysia.










PERTANDINGAN TEATER



Pertandingan ini berbentuk inter-U, melibatkan kolej-kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia , IPTA/IPTS serta sekolah-sekolah di Malaysia.





       
                  PERTANDINGAN "Voice of Unity"



Pertandingan ini melibatkan penyertaan dari setiap kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia, IPTA/IPTS serta sekolah-sekolah di Malaysia peserta akan menyanyikan lagu patriotik.

1 comment: