Perlawanan persahabatan Dikir Barat 2011, diantara Politeknik Seberang Perai (PSP) dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSZMA), bertempat di kafeteria Politeknik Seberang Perai telah berlansung dengan meriahnya baru-baru ini. Malam itu seolah-olah medan untuk pelajar-pelajar menunjukkan bakat dan kehebatan pasukan dikir barat masing-masing.
Pada malam itu ketibaan pasukan dikir barat PSZMA telah disambut dengan meriahnya oleh pelajar-pelajar PSP yang kebanyakkannya terdiri dari pelajar kamsis psp serta Kumpulan Dikir Barat Sri Kencana. Melangkah ke kafeteria yang biasanya menjadi tempat menikmati hidangan bagi pelajar psp telah menjadi tempat acara tersebut dilangsungkan..Tepat pukul 9.00 malam lagu-lagu dikir barat berkumandang dengan dialek pantai timur yang telah mendapat sambutan hangat dari penonton yang hadir. Kawasan kafetaria hampir memenuhi ruang oleh penonton yang menyaksikan persembahan Dikir Barat antara PSP dengan PSZMA sehingga ada daripada penonton yang hadir terpaksa berdiri sehingga habis persembahan.
Kumpulan Dikir Barat Sri Kencana ini diselia dan dilatih oleh Penyelaras pasukan iaitu En Kairul Thaleh dan Pn Salina iaitu pensyarah dari Politeknik Seberang Perai. Persembahan dimulakan oleh kumpulan PSMZA dengan persembahan kata kata aluan. Seterusnya diikuti dengan kumpulan Sri Kencana.Masing -masing mempersembahkan 3 buah lagu. Persembahan terakhir iaitu persembahan yang sangat istimewa di mana kedua-dua buah kumpulan bergabung mempersembahkan lagu 'Ewah Bulan'.
Perlawanan persahabatan Dikir Barat PSP (Sri Kencana)& PSZMA membuktikan kegigihan dan semangat kerjasama dalam memelihara seni dan warisan melayu yang tak lapok ditelah zaman.Sesungguhnya kemampuan seseorang mahasiswa yang Berjaya adalah bertunjangkan keupayaan dan aktiviti kehidupan mereka semasa berada di kampus.
Peg. Kebudayaan & Warisan
Unit Kebudayaan
Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan
Layari : http://sanggarmutiarakebudayaanpsp.blogspot.com
No comments:
Post a Comment